Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak perlu bertanggungjawab atas dosa umat Islam yang mahu
menunaikan fardu haji sekiranya jika benar pilihan raya umum diadakan
pada waktu itu. Mohamad
berkata, tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki menimbulkan
keresahan umat Islam keseluruhannya yang mahu melakukan persediaan untuk
mengerjakan haji. "Teka-teki ini menyebabkan orang yang hendak
menunaikan haji, mungkin tangguh atau tidak. Mungkin yang dapat tahun
ini akan tangguh. Najiblah, akan memikul dosa ini semua. "Jadi
perdana menteri bertanggungjawab di atas dosa orang-orang Islam yang
hendak menunaikan haji, tetapi menjadi teka teki dan persediaan dan
sebagainya, kegelisahan kaum keluarga dan seluruh umat Islam di
Malaysia," katanya......
Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar dalam wawancaranya bersama saluran dalam talian
Radio Bangsar Utama (RABU)
di Kuala Lumpur malam tadi.
'Mengurus negara lebih penting'
Zunar
atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque bertanya tentang
kontroversi gesaan PAS meminta anggotanya yang terlibat langsung
menangguhkan haji ekoran tarikh pilihan raya masih menjadi teka teki.
Mohamad
yamg lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, "mengurus negara" melalui
penglibatan dalam pilihan raya lebih penting daripada mengerjakan haji
kerana ia boleh ditangguh.
Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor meminta ahli PAS - khususnya calon, wakil
calon atau agen parti - supaya
menangguh ibadah itu jika pilihan raya berlangsung antara September hingga Oktober.
Mohamad
juga mencabar Najib yang juga presiden Umno supaya mengumumkan tarikh
pilihan raya umum sekarang jika tidak mahu menanggung dosa, sekalipun
berkuasa mengadakannya pada masa lain.
"Perdana menteri tak
takutkah memikul dosa ini? Jadi beliau mesti membuat penjelasan bila
pilihan raya itu, supaya orang Islam yang hendak menunaikan haji, atau
tahun ini (mereka yang) mendapat gilirannya, boleh bersedia bagi
menunaikan fardu haji.
"Saya cabar (Najib) tentukan (tarikhnya). Kalau tidak, kamu memikul dosa umat Islam.
"Saya tak tahulah, kamu sekarang tak ada dosa, tapi nak memikul dosa lebih besar ini, sudah tentu lebih berat," katanya sinis.[
MK]