KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari
ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat
Penasihat Ekonomi Selangor. Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi. "Saya
telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Sbarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk
Kerajaan Negeri," katanya. Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat. Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu. "Letak
jwtn proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di
Kerajaan Negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah," katanya
lagi. Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum
membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada
ibadah sempena bulan Ramahan ini.[
HD]