KOTA BHARU: Johan tilawah al Quran peringkat
Antarabangsa dari Kelantan Ustaz Muhammad Anuar Ghazali menerima sebuah
banglo dari kerajaan negeri.
Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Menteri Besar pada majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri Kelantan.
Rumah yang bernilai RM250,000 ini akan dibina di Machang dan dijangka siap akhir tahun ini. Ia akan dibuat oleh Kelkon Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) iaitu anak syarikat kerajaan
negeri Kelantan. Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri. Sebelum
ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan selebriti bola sepak, Khairul
Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama dari kerajaan negeri. Sempena
majlis ini, lima dari enam anak jati Kelantan yang memenangi johan
tilawah peringkat antarabangsa menyampaikan bacaan masing-masing.[
sini]
Akir Hayy dan Habin Faizal Mohamed Ad Dawuudi memenuhi bual bicara Awal Ramadhan.
HUDUD
Menteri
Besar ketika berucap di majlis itu mengucapkan shukur ekoran pihak yang
menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud.
Malah ianya dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini.
"Cume
bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang
bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal'
"Tak
apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman
Islam dapat selamat manusia," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat.
Turut berucap di majlis itu adalah Datuk Nik Mohamad Amar.