Sumber [
sini] Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil
rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk
BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak
negara merdeka.
Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa
mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih
kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan
datang ini.
Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen
telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang
sama.
“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.
Menurut
kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN
sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya
itu.....
klik tajuk / link
“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna.
Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja.
Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu
sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO
bahagian itu.
Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata,
“Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam
aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat
Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.
Apa
yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas
wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan
Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang
menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.
Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.
Tetapi
Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa
tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.
Selama
ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada
pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau
tidak bertapak kepada bumi yang nyata.
Semasa saya menulis
posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco
kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak
politiknya.
“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih
dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan
dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak
kita.
"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan
bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan
negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan
lapan puluhan tahun dahulu.
“Orang bawahan hanya di anggap
sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang
membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang
mengaut keuntungan sokongan ramai.
"Orang ramai dapatlah BRIM,
beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk
menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.
Sebenarnya
apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan
dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah
dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun
acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.
Rakyat
sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat
yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang
sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam
yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam
perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.
Di negara ini sahaja
kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga
meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah
membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.
Anak-anak
pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik
negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih
Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk
keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.
Pemimpin besar negara
juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan
anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang
Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup
tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi
kaya raya yang tidak terperi.
Sebagaimana yang dikatakan oleh
salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak
sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta
sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata
beliau marah-marah.
Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/bekas-wakil-rakyat-bersungut.html