KUALALUMPUR, [
sini] – Penganalisis politik, Prof Madya Dr
Mohammad Agus Yusoff meminta semua pihak agar tidak mengaitkan insiden
mengamuk di kompleks JabatanPerdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan
politik walaupun seolah-olah ia kelihatan berunsur tekanan politik.
Menurut beliau kesmengamuk sedemikian berlaku akibat daripada tekanan
hidup yang tinggi tanpamengira fahaman politik yang dianuti.
“Orang mengamuk ada di mana-mana. Pada saya iatiada kaitan, kalau
kita hendak katakan ia soal politik atau apa… janganlah perkara ini
dipolitikkan.
“Hal ini menggambarkan betapa teruk masalah psikiatri di kalangan
rakyat yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan untuk mengatasinya,”
kata
beliau lapor Sinar Harian.
Menurut pensyarah UKM itu, kes iniberkemungkinan besar lelaki yang
mengaku dirinya Imam Mahdi itu mengalamitekanan hidup yang tinggi.
“Itu hasil daripadatekanan yang dia hadapi. Maka itu yang dia buat.
Dia sesat, dia tertekan dandia tiada fahaman politik apa pun,” ujar
beliau.
Malah, pensyarah dari jurusan sains politik dariUniversiti Kebangsaan
Malaysia ini memberi ingatan supaya tidak semua perkara dipolitikkan.
“Ini adalah kes yang terasing, kita terimalah seadanya begitu,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Prof Dr MohamadHussain Habil, Pakar Psikiatri
Fakulti Perubatan Universiti Malaya, berpendapat bahawa perbuatan Khalil
Afandi Abd Hamid, 47, jarang berlaku ke atas individu yang mempunyai
masalah mental seperti merancang perbuatannya terlebih dahulu.
“Khalil seolah-olah telah merancang perbuatannya menerusi entri blog
di jayanegara1234.blogspot.com dan perbuatan seperti itu jarang sekali
berlaku ke atas pesakit mental.
“Ini kerana pesakit mental biasanya tidak merancang tindakan mereka,
dan jika ia melibatkan serangan atau tindakan yang agresif, sasaran
mereka adalah orang yang dekat terutama ahli keluarga,” kata Hussain
lapor Sinar Harian.