KUALA LUMPUR, [
TMI]— Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Barisan
Nasional (BN) tidak akan berjaya menawan Kelantan dalam pilihan raya
umum ke-13 akan datang berikutan ketaksuban rakyat negeri tersebut
terhadap Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Dalam laman blog Chedet milik bekas perdana menteri itu, Dr Mahathir
menjelaskan ketaksuban rakyat Kelantan itu dilihat terlalu tinggi
sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Menteri Besar Kelantan itu
berkenaan agama Islam akan diterima bulat-bulat oleh rakyat Kelantan.
“Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di
Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz.....klik tajuk/link
“Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya
berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat
sebagai benar dan menepati ajaran Islam,” kata Dr Mahathir dalam blognya
bertarikh 6 Julai 2012.
Bekas perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu turut
menegaskan, rakyat Kelantan juga akan menolak setiap pandangan lain
termasuk mufti sekalipun dan hanya menerima pandangan yang dikeluarkan
oleh Nik Aziz.
“Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung
tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini.
“Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan
menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya
pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan
menyatakan keraguan mereka. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu
taksub kepada pemimpin,” tegasnya lagi.
Menurut pemimpin yang masih lagi berpengaruh itu, walaupun Nik Aziz
menyalah gunakan agama demi kepentingan politik apabila mendakwa
mengundi PAS akan beroleh jaminan syurga, masyarakat Kelantan tetap
memilih pemimpin itu dan terus setia bersamanya.
“Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz
bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di
akhirat.
“Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan
kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama
untuk politik duniawi,” tambahnya lagi.
PAS yang telah memerintah hampir dua dekad di Kelantan juga jelas Dr
Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan dan sikap yang lari jauh dari
ajaran Islam seperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai
atau menyokong PAS.
“Dahulu kerjasama antara Umno dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.
“Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama
dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang
yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan
Negara Islam dan melaksana hukum hudud,” jelasnya lagi.