KUALA LUMPUR, [
Sumber TMI] – Polis anti-rusuh telah melepaskan gas pemedih
dan meriam air ke atas peserta perhimpunan Bersih pada 28 April, yang
telah menyebabkan pertembungan ganas yang berjam-jam dengan peserta, dan
situasi ini dijadikan lebih teruk dengan penggunaan kawat dawai di
sekelilling Dataran Merdeka yang telah menyebabkan kecederaan kepada
para peserta, inquiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
diberitahu hari ini.
Satu saksi memberitahu inkuiri itu bahawa kawat dawai yang telah
diguna oleh pihak berkuasa di Dataran Merdeka itu biasanya diguna dalam
zon peperangan.
“Berdasarkan pengalaman saya, ia adalah jenis kawat dawai yang paling
merbahaya. Ini adalah dari pengalaman saya sebagai seorang bekas
pegawai tentera.” Khairul Anuar Pawanchik, seorang askar yang
telah
bersara, memberitahu inkuiri itu.
Beliau juga memberitahu panel Suhakam itu bahawa beliau telah melihat
seorang lelaki dengan telinganya dilukakan dan bergantung dari
kepalanya.
Beliau berkata beliau pasti luka itu diakibatkan kawat dawai yang telah diguna untuk menutup (seal off) Dataran Merdeka.
“Telinga kiri lelaki itu berdarah dengan serius selepas dawai itu
memotong telinganya. Telinganya bergantung,” kata Khairul, yang juga
memberitahu bahawa beliau merupakan sukarelawan Bulan Sabit Merah yang
berada di Masjid Jamek hari itu untuk sebarang kecemasan perubatan.
“Pihak polis tidak patut menggunakan keganasan untuk menguruskan
kumpulan orang ramai yang kasar. Kekerasan seumpama itu adalah tidak
wajar,” katanya lagi.
Tetapi Khairul juga berkata beliau mendengar sekumpulan anggota polis
yang berseragam yang mengejek sekumpulan orang yang dianggarkan 200
orang, dan memakai baju kemeja kuning Bersih 3.0: “Mengapa kamu lari
dari sini? Kalau kamu berani, datanglah dan menghadapi kami. Berdirilah
dan berlawan.”
Khairul yang berumur 60 tahun itu juga berkata sejurus sebelum
kejadian itu, beliau melihat dan mendengar kumpulan demonstrator yang
beranggaran 200 orang itu mengejar seorang anggota polis berseragam yang
sedang berdarah dari kecederaan di Jalan Raja Laut. Kumpulan itu
menjerit: “Kita bunuh polis yang jahat.”
Satu saksi lagi, Kunabalan Rahagopal, memberitahu inkuiri bahawa
pihak polis tidak memberi sebarang amaran sebelum melepaskan gas pemedih
ke dalam ribuan orang ramai.
“Saya pasti bahawa tidak ada amaran diberi sebelum anggota polis mula
bertindak,” kata konsultan perkhidmatan sosial yang bekerja secara
sambilan itu.
Kunabalan yang mengakui dirinya adalah penyokong Bersih dan telah
dikenakan gas pemedih, berkata bahawa keadaan hari itu pada mulanya
adalah aman, sehingga satu skuad polis anti-rusuh telah tiba dalam satu
trak FRU di Jalan Loke Yew, selepas jam 2.40pm.
Beliau memberitahu inkuiri itu bahawa beliau melihat lima hingga enam
pemuda yang berpakaian hitam menembusi halangan berdawai duri itu tanpa
kejadian.
“Seorang individu berbangsa Cina telah melompat melepasi halangan dan
bercakap dengan anggota polis dan memberi mereka sejambak bunga dan
telah ditemu bual oleh media,” Kunabalan berkata, semasa menerangkan
kejadian pada jam 2.40pm pada 28 April, sebelum kekecohan berlaku.
“Trak FRU itu telah bergerak masuk dan mula melepaskan meriam air.
Dalam masa beberapa minit, mereka mula melepaskan gas pemedih,” kata
beliau.
Saksi ketiga yang memberi keterangan hari ini adalah pesara Baharudin Hisham yang berumur 53 tahun dan berasal dari Puchong.
Beliau berkata beliau adalah seorang orang awam yang sedang
membeli-belah di kawasan Sogo sebelum sekumpulan polis mula memukulnya
dan satu kumpulan besar yang memakai baju kemeja kuning Bersih 3.0.
“Saya diheret di atas jalanan dan dipukul di seluruh badan dan kepala saya,” beliau berkata.
“Pihak polis kemudian menahan saya tanpa sebab.”
Baharuddin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 4 hari itu, sejurus selepas solat Asar.
Suhakam telah hari ini memulakan satu inkuiri awam into the keganasan
yang telah tercetus dalam ibu kota negara pada 28 April, berikutan
demonstrasi Bersih yang ketiga untuk pilihan raya yang adil sejak 2007.
Panel inkuiri yang diketuai Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake
Tee dan dibantu dengan ahli suruhanjaya Professor Datuk Dr Mahmood
Zuhdi Abdul Majid and Detta Samen akan menemu bual 22 saksi untuk jangka
masa 22 hari.
Ketiga-tiga saksi hari ini telah memberi keterangan di hadapan
pemerhati dari Malaysian Bar, pihak polis dan beberapa orang pemantau
bebas.
Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 11 Julai pada jam 9 pagi.
Perhimpunan pada 28 April itu telah melihatkan beribu-ribu orang
berkumpul di enam lokasi yang berbeza sebelum menuju ke Dataran Merdeka
itu adalah aman, sehingga kira-kira 2.30pm apabila ketua Bersih Datuk
Ambiga Sreenevasan telah meminta orang ramai bersurai.
Tetapi pengumumannya tidak kedengaran oleh kebanyakan orang ramai
yang masih berlegar di sekeliling dataran yang bersejarah itu. Mahkamah
telah melarang orang awam memasuki dataran itu.
Sejurus sebelum jam 3 petang, ada peserta perhimpunan yang merempuh
benteng di sekeliling Dataran Merdeka, dan ini mendorong pihak polis
menyuraikan orang ramai dengan menggunakan gas pemedih dan meriam air.
Pihak polis kemudian terus mengejar peserta perhimpunan itu dalam
situasi huru-hara itu yang melihatkan keganasan dilakukan oleh dua pihak
untuk empat jam yang seterusnya.
Beberapa dozen peserta mendakwa bahawa mereka diserang
kumpulan-kumpulan yang dibentuk oleh lebih dari 10 anggota polis, dan
bukti gambar/video kelihatan seperti menyokong dakwaan mereka.
Tetapi pihak polis juga berkata ada keganasan dari peserta yang telah menyerang satu kereta polis.
Kereta polis itu kemudian telah merempuh satu bangunan sebelum beberapa peserta menterbalikkan kereta itu untuk berdiri.
Kerajaan persekutuan juga telah menubuhkan panel dirinya untuk
menyiasat keganasan pada 28 April itu, tetapi pemilihan bekas ketua
polis Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu telah dikutuk kerana
beliau pernah membandingkan gerakan Bersih dengan komunisme dan menuduh
pihak penganjur cuba mengulingkan kerajaan.
Panel Hanif itu telah pada hari ini melawat semula tempat kejadian
perhimpunan pada 28 April itu, semasa inkuiri Suhakam itu dijalankan.