19 Julai 2012

Kali ini PAPAGOMO pasti kena GOMO

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya.
 Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan.
 Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan.
 Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.


Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif.

Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan.

Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana.

Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail.

“Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan,” kata Hisham.[HD]

0 Comments:

Post a Comment