KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Harga jualan runcit petrol RON97
diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa
Khamis. Dalam kenyataan Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata
harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis. Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan
terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran,
katanya. Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.