Timbalan
pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengakui bahawa
hubungan kakaknya Datuk Marina dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0
memberi kesan kepada kepentingan politiknya.
“Seperti mana bapa
(Tun) sebut hubungannya dengan gerakan BERSIH sedikit sebanyak beri
kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,” katanya,
seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Dr Mahathir yang berharap supaya Marina tidak terlalu
rapat dengan BERSIH 2.0 atau gerakan anti-kerajaan......
kerana akan
menjejaskan masa depan politiknya, seperti disiarkan laman video Mobtv pada 28 Jun lalu.
Dalam
kenyataan itu, Mahathir menyatakan harapan supaya Marina sedar bahawa
sokongan berkenaan "tidak elok untuk kerajaan pemerintah."
"Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya (Mukhriz) yang akan bertanding pilihan raya nanti.
"Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa saja.
"Saya
tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak
lagi boleh mengarahkan anak kita 'jangan begitu, jangan begini'. Mereka
boleh fikir sendiri," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar hari
ini.
Mahathir yang juga penaung kumpulan pro-Melayu PERKASA
sebelum ini bergeser dengan Marina yang menyokong hak asasi kumpulan
lesbian, gay dan trasgender (LGBT) berhubung penganjuran program
Seksualiti Merdeka 2011.[MK]