[
Baca di sini jika berminat ]
Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.
Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh
Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN
syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding
dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.
Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk
menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca
Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang
direjam).
Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu
lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul
untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.
Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan,
tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku
parti BN syaitan.
Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk
memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang
mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun.
Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi
manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang
bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun
Abdullah.
Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali.
Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan
inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan
Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat.
Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu
baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang
paling baik ialah orang yang bertaqwa.