22 Ogos 2012

Ketam mengajar anaknya berjalan lurus

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Portal berita Malaysiakini dilihat semakin agresif dan tersasar daripada matlamat asal penubuhannya dalam mempelbagaikan pilihan masyarakat negara ini untuk mendapatkan sumber berita.
Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Adnan Hussein berkata, portal berita itu kini dilihat semakin jauh daripada prinsip dan pegangan yang selama ini dilaung-laungkan iaitu mahu menjadi portal berita yang bebas dan seimbang.
Katanya, kebanyakan laporan yang disiarkan Malaysiakini lebih memihak kepada parti pembangkang dan tidak mustahil portal berita itu turut mempunyai agenda sendiri cuba memburukkan imej kerajaan.
"Laporan yang disiarkan seolah-olah mahu menunjukkan apa yang dilakukan kerajaan adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan.[sini]

0 Comments:

Post a Comment