TOKYO - Beberapa mutasi genetik ditemui pada tiga generasi rama-rama
dekat loji nuklear Fukushima yang tidak lagi beroperasi, kata beberapa
saintis semalam.
Penemuan tersebut meningkatkan kebimbangan penduduk setempat bahawa
radiasi akibat kebocoran loji nuklear akan memberi kesan ke atas spesies
lain.
Beberapa saintis berkata, kira-kira 12 peratus larva rama-rama p
ale grass
blue yang terdedah kepada radiasi nuklear selepas bencana tsunami
melanda timur laut Jepun pada Mac 2011 didapati mengalami keganjilan
seperti mempunyai kepak kecil dan mata yang rosak.
Seorang saintis berkenaan, Joji Otaki yang merupakan profesor madya
di Universiti Ryukyu, Okinawa memberitahu, semua serangga tersebut
dibiakkan di dalam sebuah makmal di luar zon radioaktif dengan 18
peratus anak rama-rama berkenaan memiliki masalah yang sama.
Bagaimanapun, angka tersebut meningkat kepada 34 peratus apabila melibatkan generasi ketiga spesies berkenaan.
Kumpulan penyelidik tersebut turut mengumpulkan sebanyak 240 ekor
rama-rama di Fukushima pada September tahun lalu iaitu enam bulan
selepas bencana tsunami tersebut berlaku.
Otaki berkata, sebanyak 52 peratus serangga itu mempunyai sifat abnormal sekali gus merupakan satu nisbah yang tinggi. - AFP