KUALA LUMPUR – Razif Mohd. Ariff dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa
Kamal dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas selepas
kerap melayari laman web yang dikendalikan puak militan.
Siasatan mendapati, dua laman web yang kerap dilayari kedua-dua sahabat itu ialah www.amsar1.info dan www.al-qimmah.net.
Topik utama kedua-dua laman web yang masih boleh dilayari itu ialah
menggalakkan para pengunjung berkongsi fahaman mengenai Islam, jihad dan
pengaruh Mujahidin.
Bagaimanapun, topik forum yang paling mendapat sambutan dalam
kedua-dua laman web tersebut ialah mengenai tentangan umat Islam
terhadap isu pemberontakan di Syria.
Satu sumber memberitahu, selepas beberapa bulan berkongsi pengetahuan
di laman web tersebut, kedua-dua sahabat itu kemudian memutuskan untuk
menyertai kumpulan pemberontak di Syria kononnya bagi membantu
menegakkan demokrasi.
Sebelum itu, Razif, 32, dari Sungai Buloh manakala Razin, 22, dari
Beranang, Selangor dikesan mengenali antara satu sama lain melalui laman
sosial Facebook secara individu pada awal tahun 2012.[
sini]