RANTAU PANJANG: Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan
mengingatkan usaha mengimarah masjid dan madrasah hendaklah berjalan
secara terancang sebagai persediaan rohani sebelum mengambil alih
kerajaan di Putrajaya.
Dato’ Mohamed Daud berharap pendokong dan penyokong PAS di seluruh negara terus memantapkan diri dengan ilmu dan amalan agama.
Katanya, majlis-majlis ilmu dengan kelas ilmu tauhid, fiqah dan
siasah sekurang-kurang perlu diadakan dua atau tiga kali seminggu.
“Begitu juga kelas memperbetulkan bacaan surah al Fatihah dan
Tahiyyat serta membaca al Quran hendaklah dilakukan lebih tersusun.
“Dengan kemantapan ilmu yang ada dalam setiap diri pendokong PAS,
membolehkan orang ramai tertarik dengan perjuangan mendaulatkan Islam.
“Selain itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat datang ke
masjid mengikuti pelbagai ilmu agama. Ini cukup penting sebagai proses
sebelum memerintah pusat,” katanya di sini....tajuk/
HD
Beliau mendedahkan perkara itu pada kuliah Maghrib di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang dekat sini baru-baru ini.
Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Mat Iraq juga
berkata, pendedahan mengenai ilmu memerintah negara perlu diketengahkan
kepada masyarakat.
Menurutnya Islam sebuah agama yang lengkap, di mana semua cabang ilmu sudah tersedia sejak lebih 1400 tahun lalu.
Beliau juga berkata, banyak aktiviti tambahan boleh diadakan di
masjid dan madarasah termasuk kelas mempelajari al Quran, bahasa Arab,
tiusyen subjek matematik dan sains.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib
YDP, Ustaz Mohamad Awang, Ketua Penerangan, Abdul Aziz Yunus dan
penghulu-penghulu mukim.[
HD]