28 November 2012

Bila sesekali balik kelantan

Pertamanya hati sedih  : hati sedih kerana persekitaran kampungku masih seperti dahulu, sampah merata rata,rumput rampai memenuhi di sekeliling rumah, apakah masyakat ku ini hanya tahu menjaga iman dalaman tetapi melupakan iman luaran, iaitu mereka  hanya tahu menjaga soal ibadat dan aqidah kepada allah swt semata mata tetapi selalu mengabaikan  mengenai kebersihan dan kecantikan sekitar kampung halaman mereka .
keduanya gembira :hati gembira kerana suasana beragama di sini amat baik untuk kehidupan dunia dan akhirat, azan berkumandang pada setiap waktu, tetamu allah sentiasa datang bersujud di rumahnya tanpa rasa jemu.keberkatan hidup amat nyata di hadapan mata, walaupun kehidupan mereka kelihatan miskin pada pandangan mata kasar, tetapi hakikatnya mereka kaya dunia dan akhirat, contohnya sanak saudaraku di kampung ini, suasana kehidupan mereka bagaikan orang miskin, tetapi hakikatnya mereka kaya iman dan harta.....allahuakbar...syukur di atas berkat pemerintah daulah islamiah tok guru nik aziz

0 Comments:

Post a Comment