KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November
lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah
negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata
kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di
New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.
"Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar
nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami
dalam perjuangan menentang Israel," kata seorang rakyat Palestin, Abu
Yazid, 29.
Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah
untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan
semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman
rejim Zionis
"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki
dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan
berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun
1956.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini
sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.
Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan
pewaris di bumi Palestin.
Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya
berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai
kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan
lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis
walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para
syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang
perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para
pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam
khutbah Jumaat mereka........
klik tajuk / [sini]
Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009
bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah
dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.
"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang
palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu
menjawab, seragam berwarna hitam.
"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu
berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul
hingga pengsan.
"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.
Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan
sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok
Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau
Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'.
BANYAK kisah pelik mengiringi perjuangan rakyat Palestin mendepani rejim Yahudi yang dilengkapi persenjataan canggih.
Seragam putih
Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'
Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.
Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui
tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah
jejaknya juga sukar dikesan.
Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen
televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas
berhadapan dengan tentera berbaju putih.
"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.
"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang
tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya.
Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan
tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak,
tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana
menghilangnya.
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang
terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang
'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.
"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.
"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan
tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan
tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.
"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana
mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera
yang ramai itu.
"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya
yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.
KEMUSNAHAN yang dicetuskan Israel tidak pernah mematahkan semangat pejuang Palestin.
Al-Quran penyelamat
"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.
"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.
"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.
"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula
ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan
selamat," cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di
Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku
kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.
"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom
dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka
tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.
"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi
jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran
yang ada di dalam poket mangsa.
"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak.
Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri
bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.
Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan
Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut
meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi
berbanding wilayah lain di Palestin.
Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan
besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009,
seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak
terkorban.
"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi
dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya
dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga
4,000 bayi.
"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami
hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000
pejuang baharu," ujar Nisman.