KUALA LUMPUR, 22 Jun -- Fenomena bulan paling hampir ke bumi,
yang dikenali sebagai 'Preigee' atau 'Supermoon', akan dapat disaksikan
esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA).
Satu kenyataan ANGKASA berkata dalam fenomena itu orang ramai akan dapat
melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah
berbanding fenomena bulan penuh biasa.
"Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan (menunjukkan)
uniknya bulan penuh. Kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir
dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer," kata kenyataan itu.
ANGKASA menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang
sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan
jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, tambah kenyataan itu, antara kesan jarak bulan yang dekat
ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding
kebiasaan.
Tahun ini, jarak paling jauh di antara bulan dengan bumi ialah pada 7
Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.
bernama
1-Amalan sufi dan Torikat:
Menyedut kuasa bulan dengan cara berada di kawasan lapang sambil berzikir kepada Allah SWT.
2-Pakar perubatan :
Letakkan air hidup atau buah-buahan
segar di bawah cahaya bulan dan keesokan harinya berilah ia untuk di
minum atau dimakan oleh anak-anak yang sedang belajar atau sesiapa
sahaja yang tidak sihat jasmani atau rohaninya.
3-Tabib Cina
Makanlah bunga-bunga segar yang ada di
sekeliling rumah anda (pastikan yang boleh dimakan dan tidak beracun
sahaja ) yang telah terdedah kepada sinaran cahaya bulan pada malam
harinya, terutamanya suruhlah anak anak yang hendak mengambil
peperiksaan supaya memakannya dalam jumlah yang agak banyak