31 Ogos 2013

Halau hantu dengan nokia asha

Ceritanya begini..Ketika sedang tidur pada waktu  malam adakalanya saya diganggu oleh mimpi mimpi buruk,mimpi ngeri ,mimpi hantu jembalang dan sebagainya, dan adakalanya juga badan saya akan dihempap oleh beberapa ekor jin nakal. Semua usikan dan mainan jin itu tidaklah sampai menakutkan saya, sebaliknya ia hanyalah sekadar  menganggu tidur dan menyampah sahaja. Maka di sini saya ingin kongsikan cara mudah yang selalu saya lakukan untuk mengubah mimpi buruk supaya menjadi mimpi baik dan juga untuk menghalau jin nakal yang suka main hempap-hempap badan kita ketika sedang tidur. Caranya ialah dengan memainkan al-Quran MP3 30 juzu Syeikh Rasyid Masyari yang telah saya muat-turunkan ke dalam Hp nokia asha..pasangkan ia dengan suara perlahan dan biarkan ia mendayu-dayu ditepi bantal tidur anda, isyaAllah mimpi buruk anda akan berubah menjadi mimpi baik dan indah serta jin nakal pun tak berani nak hempap badan kita lagi….selamat mencuba

0 Comments:

Post a Comment