DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu
salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh
manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera
regim Assad semalam.
Mereka mendakwa tentera rejim membuat
serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di
Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency.
Jawatankuasa
Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut
sebagai "pembunuhan beramai-ramai" dan bimbang dengan jumlah mangsa yang
meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital
lapangan.
Seorang doktor Halid Mahmud mendakwa, serangan semalam
oleh regim tentera Assad itu menggunakan senjata kimia berupa "gas
sarin".
Serangan gas itu katanya telah menyebabkan mangsa muntah,
sukar bernafas, muntah, tidak sedarkan diri termasuk golongan
kanak-kanak sekolah.
Sementara itu, rakaman video di sebuah
hospital menunjukkan para petugas perubatan sibuk merawat mereka yang
terkena serangan gas tersebut yang majoritinya adalah golongan
kanak-kanak.
Beberapa rakaman video lain yang menunjukkan kesan serangan tersebut juga mula disebar di internet.
sumber