Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas
alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.
Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara
jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol,
dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa
secara mental dan fizikal.
Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini
dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua
penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu
tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat
apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran,
sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.
Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan
ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh
dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah
mati. ( Islamedia)