30 Disember 2013


Kerana:
  1. Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.
  2. Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh
    Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
    menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya..baca lagi TMI
  3. Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).
  4. Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).
  5. Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.
  6. Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.
  7. Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.
  8. Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.
  9. Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet "pengurusan" lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan.
  10. Ustaz-ustaz sibuk menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital.
Renungkanlah. Wallahualam. –TMI Islam di Malaysia -Haji Ismail Haji Abidin

0 Comments:

Post a Comment