Suatu ketika Umar ra melihat seorang anak sedang berjalan di salah
satu jalan Madinah. Umar membongkok kepada anak tersebut seraya berkata,
“Berdoalah kepada Allah yang Maha Penyayang untuk menyayangi kita.”
Ada seorang sahabat bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah anda
meminta seorang anak untuk mendoakanmu sedangkan anda sendiri termasuk
satu dari sepuluh orang yang diberi khabar gembira masuk syurga?”
Umar ra menjawab, “Ya aku meminta doa kepadanya. Kerana ia belum
baligh dan qalam belum berlaku untuknya sehingga doanya mustajab.
Sedangkan kita sudah dewasa dan qalam telah menulis (dosa) untuk kita.”
(Dalil As-Sa’ilin, Anas Ismail Abu Daud, hal. 257).
Sumber