01 April 2014

20 SEBAB BUTA HATI

Allah berfirman,

Surah al-Hajj:  46. Maka Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

Antara punca manusia buta mata hati adalah :
1.Melihat sesuatu dan tidak pernah memikirkan apa yang dilihat.
2.Membaca Quran namun tidak memahami isi kandungan Quran.
3.Tidak mahu muhasabah diri.
4.Suka mencari kesalahan orang lain.
5.Solat tidak khusyuk.
6.Menggunakan lidah untuk kejahatan dan maksiat.
7.Suka membuang masa.
8.Beribadat tanpa ilmu.
9.Membaca Quran dengan tajwid yang salah.
10.Tidak mengingati mati.
11.Makan sumber haram.
12.Tidak menghadiri majlis ilmu.
13.Suka hiburan yang melalaikan.
14.Kurang berzikir.
15.Tidak berteman manusia salih.
16.Mengamalkan sifat mazmumah.
17.Menjauhi sifat Mahmudah.
18.Tidak bersyukur dengan rezeki.
19.Hanya bergaul dengan manusia setaraf.
20.Memandang hina manusia yang mempunyai kekurangan.

0 Comments:

Post a Comment