29 Disember 2014

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan mangsa banjir khususnya umat Islam agar sentiasa berfikir dan berzikir ketika menghadapi sebarang musibah.

Menurutnya, atas dasar keimanan,musibah perlu diterima dengan lapang dada, sabar dan tawakal kepada ALLAH yang lebih mengetahui.

"Perkembangan mutakhir ini,negara pada amnya dan negeri Kelantan khasnya ditimpa musibah banjir yang agak luar biasa.

"Banjir yang menimpa rakyat beta adalah sebahagian daripada qada' dan qadar ALLAH, dan hal ini harus diyakini, " titahya dalam satu kenyataan di sini, hari ini....lagi SH


Titahnya, baginda begitu bersimpati dengam nasib menimpa mangsa banjir di negara ini yang kehilangan harta benda, nyawa dan hidup dalam kegelisahan serta ketakutan.

"Beta berharap semua alim ulama dan masyarakat terus berdoa selain mengadakan solat hajat agar ujian dan musibah ini tidak bertambah buruk malah segera pulih, " katanya.

Dalam pada itu, baginda turut berterima kasih kepada semua pihak yang berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir sejak ia mula melanda negeri ini lebih seminggu lalu.

Dalam titahnya, baginda turut mengingatkan semua masyarakat agar lebih peka dan sensitif terhadap musibah yang melanda negara dan elak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekusutan terhadap orang ramai.

"Ujian sebegini rupa bukan masa untuk mana-mana pihak menunding jari, menelanjangkan serta menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya segera memohon keampunan dari ALLAH dan memperbaiki langkah-langkah kita yang pernah melakukan kesilapan," titah baginda.

0 Comments:

Post a Comment