Betapa sering Malaikat Maut melihat dan menatap wajah seseorang, yaitu dalam waktu 24 jam sebanyak 70 kali. Seandainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lupa untuk mengingat mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikatulmaut.
Cuba kita lihat » 1 hari=24 jam = 1440 minit. 1440 minit / 70 kali malaikat melihat kita = 20.571 minit, itu berarti Sang pencabut nyawa menziarahi kita setiap 21 minit.
Hadits Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenungi wajah seseorang, didapati orang itu sedang bergelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, padahal aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya bila-bila masa saja, tetapi dia masih terlihat bodoh dan bergelak ketawa’.”
Seorang sahabat pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling cerdas?” Rasulullah SAW menjawab: “Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.”
[HR. Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy] .
Betapa banyak pemuda yang tertawa pada setiap hari nya. Padahal kain kafan mereka sedang ditenun dalam keadaan mereka tidak sedar...
Fatih Karim MZ