18 Disember 2017

Solusi jika anda lupa sesuatu


وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ 

Tadabbur ayat:

Jika kamu lupa akan sesuatu, hendaklah kamu mengingat Tuhanmu "(Al-Kahfi ayat 24).

Betapapun kuatnya ingatan seseorang, pasti dia pernah lupa. Dan kebanyakan manusia, bukan mengingat Allah di kala lupa, tapi sebaliknya lupa mengingat Allah. Bahkan tidak sedikit juga manusia yang lupa ingatan.

Lalu apakah maksud ayat ini, apabila kamu melupakan sesuatu Allah perintahkan untuk mengingat-Nya. Apakah mengingat Allah menjadi solusi terhadap problem lupa akan sesuatu?

Untuk memudahkan kita mentadabbur firman Allah di atas, ada baiknya kita menyertakan atsar seorang ulama shalih dari kalangan tabi’in. Dalam kitab Majmu’ah minal Qashash al-Qashirah (Kumpulan Cerita-cerita Pendek) terdapat kisah menarik berjudul Qisshatu al-Maal adh-Dha’i’ (Kisah Harta yang Hilang).

Pada suatu malam, seseorang mendatangi Imam Abu Hanifah, lalu berkata,

“Wahai Imam, sejak lama sekali saya mengubur sejumlah wang di suatu tempat, namun sekarang saya lupa dimana tempatnya. Dapatkah Anda menolong saya untuk memecahkan masalah ini?” Beliau berkata, “Sebenarnya pertanyaan Anda bukan urusan ahli fiqh. Tapi, tunggu sebentar sampai saya menemukan solusi untuk Anda!”

Sejenak beliau berfikir, lalu berkata, “Pergilah, lalu kerjakan solat sampai Subuh! Insya Allah nanti Anda akan teringat dimana tempat harta itu.”

Orang itu pun pergi dan mulai mengerjakan solat. Tidak lama setelah ia mengerjakan solat, belum tiba waktu Subuh, bahkan masih di tengah-tengah solat, ia teringat tempat dimana menguburkan wangnya. Ia pun bergegas pergi kesana dan mengambilnya.

Keesokan paginya, orang itu kembali mendatangi Imam Abu Hanifah. Ia mengabarkan bahawa wangnya sudah ditemukan, dan ia pun sangat berterima kasih kepada beliau. Kemudian bertanya, “Bagaimana Anda tahu bahawa saya akan teringat tempat menguburkannya?” Beliau menjawab, “Saya tahu bahawa syaitan tidak akan membiarkan Anda mengerjakan solat. Dia pasti menyibukkan Anda untuk mengingat-ingat harta itu, sehingga Anda lupa mengerjakan solat Anda.”

Sebagai orang awam, orang itu tidak bertanya kepada paranormal, dukun, ataupun jin, melainkan bertanya kepada ulama shalih dan alim sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ …

“Maka tanyakanlah pada orang yang berilmu jikalau kamu tidak mengetahui…”

Dalam kaitan ini, Ibnu Taimiyah pernah berkata: Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang sampai membuatku merasa “buntu” dan seakan terkunci pemecahannya bagiku, maka akupun langsung beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih atau kurang, hingga Allah berkenan membukakan dan memecahkannya untukku.

Begitulah tadabbur terhadap ayat di atas. Apabila kita mengingat Allah, niscaya Allah akan membantu untuk mengingat apa yang kita lupa. Wallahu a’lam bis shawab.

Maka disarankan kepada kaum mukmin, terutama pemimpin dan para pejabat negara yang suka memberi janji manis kepada rakyat kemudian melupakannya, supaya banyak mengingat Allah dan mentaati peringatan-Nya. Semoga Allah subhanahu wa ta’ala berkenan menolong mereka mengingat janjinya dan mampu memenuhi janji dengan pertolongan Allah Rabbul ‘Alamin.
(arrahmah.com)

04 November 2017

Zikir Cinta Tiga Segi



1-Bukti Cinta kita kepada Allah SWT maka bacalah zikir ini (100 X pagi dan 100 X petang)

LA ILAHA ILLALLAH

2-Bukti Cinta kita kepada Rasulullah SAW maka bacalah zikir ini (100 X pagi dan 100 X petang)

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD

3-Bukti Cinta kita kepada diri sendiri maka bacalah zikir ini (100 X pagi dan 100 X petang)

ASTAGHFIRULLAHULAZIM

26 Oktober 2017

1-Kami mengadakan bacaan Yasin pada setiap pagi di tapak perhimpunan bermula jam 7.15 hingga 7.30 pagi

2-Kami mengadakan bacaan Al-Kahfi pada setiap pagi Jum'at di tapak perhimpunan.bermula jam 7.15 hingga 7.30 pagi

3.Kami mengadakan Tazkirah 30 minit pada setiap pagi Jum'at bermula 7.30 hingga 8.00 pagi

.4.Kami melakukan solat Hajat dan solat Dhuha khusus untuk murid2 tingkatan 3 dan 5 pada setiap pagi Jum'at

25 Oktober 2017

Amali sembelih ayam

lihat lagi

21 Oktober 2017

1-Membaca dengan membunyikan suara
Teknik ini membantu menguatkan ingatan terhadap apa yang kita baca, ianya seolah-olah kita sedang menghafaz apa yang sedang kita bacakan.

2-Membaca Yasin pada setiap hari peperiksaan
Dalam Yasin ada “Salamun Qaulan min Rabbi Rahim” dan ada “Kun Fayakun”, ulangkan kedua-dua ayat itu dalam bilangan yang ganjil dan mintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan.

3-Ulangkaji pantas sebelum peperiksaan bermula
Datang awal ke pusat peperiksaan,asingkan diri daripada rakan-rakan dan lakukan bacaan pantas terhadap tajuk-tajuk yang kita jangka ianya akan keluar dalam soalan sekejap lagi.

4-Ambil sarapan pagi dengan kadar dan menu yang sepatutnya kerana “ Al-aqlu salim fi jismi salim"

13 Oktober 2017


Anugrah sempena Hari Guru 2017 anugrah Guru Lelaki Terbaik "King Guru"
Anugrah Hari Quality 2017 anugrah "Tokoh Guru Komited dan Dedikasi"

11 Oktober 2017

TIDUR telah menjadi kebutuhan bagi setiap manusia. Dengan tertidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali bugar. Sehingga, ia akan kembali siap untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga memiliki mukjizat tersendiri. Yang mungkin kita tidak mnyadari akan hal itu.

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para ilmuwan menemukan bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam, misalnya). Para ilmuwan telah menemukan bahawa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya sehingga kinerjanya menjadi kurang efisien dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat ini bagi otak merupakan penyusunan kembali informasi dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan informasi yang diperoleh di siang hari.

Oleh kerana itu, para ilmuwan menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan bahawa pemberian rehat kepada otak ini memperkuat memori. Mereka menemukan bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan mengingat sesuatunya akan lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah mukjizat yang layak direnungkan dan dikaji lebih dalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang harus kita renungkan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan,” (Surah Al-Rum 23). [ kaheel7]

07 Oktober 2017

Oleh: Badrul Tamam

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.

Islam memerintahkan kepada umatnya agar menjadi orang bersyukur kepada orang yang telah berbuat baik kepada dirinya. Yaitu berterima kasih dan balas budi kepadanya. Sifat syukur ini menjadi tanda syukurnya seorang hamba kepada Al-Syakir, Allah yang Maha Syukur.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

 “Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak mampu ber’syukur’ kepada manusia.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Hibban, dan Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad. Hadits ini dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Al-Shahihah)

Dalam redaksi milik Imam Al-Tirmidzi,....

04 September 2017

EM Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasallam adalah sosok yang sangat dicintai oleh umatnya, sehingga bagi orang yang mencintainya tentu akan ingin sekali bertemu dengan orang yang di cintai itu, meskipun kita tahu bahawa untuk saat ini tidak mungkin boleh kita bertemu Rasulullah, kerana kita hidup jauh sesudah beliau meninggal.

Namun tidak dipungkiri bahawa kita boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar melalui mimpi. Kerana hal ini telah beliau sabdakan dalam Hadisnya : Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]

Dalam Hadis diatas dijelaskan bahawa benar adanya kita boleh bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi dan dipastikan pula orang yang mimpi bertemu dengan Rasulullah itu adalah benar, kerana jika syaitan datang dalam mimpi kita, ia tidak mungkin boleh menyerupai wajah Rasulullah.

Namun dalam hal mengakui kita telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah adalah suatu hal kedustaan yang menyebabkan seseorang berdosa dan ancaman neraka seperti akhir hadis diatas ‘ Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.

Lantas bagaimana kita mengetahui bahawa kita benar-benar mimpi bertemu Rasulullah, Al-Habib Mundzir al-Musawa seorang ulama besar menjelaskan tentang pertemuannya dengan Baginda Rasulullah Saw., maka beliau menjelaskan ciri-ciri Rasulullah itu adalah sebagai berikut :

  • Jambang dan janggut beliau sangat hitam gelap kebiru-biruan dari gelapnya.
  • Wajah beliau bagaikan mutiara yang bercahaya.
  • Senyumnya tak pernah sirna dari bibir indahnya.
  • Hati serasa linu dan seakan akan mencair kerana keindahan wajah Sang Nabi Saw.
  • keindahan luar biasa dalam memandang wajah beliau Saw.
  • Jari-jemari beliau lentik dan lembut dan sangat indah.
  • Tingginya sekitar 200 cm.
  • Imamahnya putih dan besar.
  • Kedua matanya sangat indah dan memancarkan kesejukan dan penuh kasih sayang.Membuat orang yang memandang matanya ingin luluh dan bersimpuh berlutut di kakinya dan menangis bagaikan bayi manja yang memeluk ibunya kerana tak melihat yang lebih mengasihinya selain ibunya.
  • Ucapannya dan suara beliau Saw. berwibawa, namun lembut dan perlahan hampir berbisik, namun jelas dan sangat merdu.

Sungguh benar ucapan Anas bin Malik Ra.: “Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah Saw.” (Shahih Bukhari).

Demikianlah Ciri-ciri Mimpi bertemu Rasulullah, namun perlu diingat bahawa tidak semua orang boleh mimpi bertemu Rasulullah, hanya orang-orang pilihan yang boleh mimpi bertemu dengan Rasulullah tersebut.(kl/mmb)

23 Ogos 2017

Berkat adalah sesuatu yang tumbuh dan makin bertambah kebaikannya, sedangkan tabarruk adalah do’a seorang manusia atau selainnya untuk memohon keberkatan.
Allah SWT menjadikan berkat ini hanya di berikan kepada  hamba-hamba- Nya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Firman Allah SWT dalam surat Al-A’raaf ayat  96 :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون.َ
Ertinya: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".

Ada Beberapa faktor dicabutnya keberkatan manusia dalam menjalani kehidupan diantaranya adalah :
1. Tidak Adanya Iman dan Taqwa Serta Tidak Ada Perasaan Takut Kepada Allah SWT.
Jika anda tidak bertaqwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada kebaikan dan berkah di dalam kehidupan anda, Anda tidaklah dinamakan sebagai orang yang benar-benar beriman.

2. Tidak Ikhlas Dalam Beramal Ibadah.
Allah SWT tidak memberikan berkah-Nya kepada kita apabila kita tidak menyiramkan air keikhlasan terhadap amal perbuatan kita.
....

15 Julai 2017

Kelebihan belajar di waktu pagi

PAGI adalah waktu paling utama sebelum memulai hari. Kerananya, pagi adalah waktu yang sangat produktif untuk belajar dan mencari ilmu, terutama bagi para pelajar. Selain memang kondisinya yang lebih segar, waktu pagi juga memberikan semangat tersendiri ketika belajar.

Bahkan belajar di waktu pagi ini telah dilakukan oleh para salafush shalih. Yazid Ar-Raqasyi meriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Para salaf dahulu setelah Shubuh membuat halaqah-halaqah. Mereka membaca Al-Qur’an. Mereka saling mengajarkan perkara wajib dan sunnah. Juga mereka berzikir pada Allah,” (Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 301).

‘Athiyah meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Tidaklah suatu kaum melaksanakan shalat Shubuh, lalu ia duduk di tempat shalatnya. Mereka saling mempelajari Kitabullah. Keadaan mereka kala itu, menjadikan Allah mengutus malaikat-Nya untuk memintakan ampun untuk mereka sampai mereka berpaling pada pembicaraan yang lain.” Hadis ini menunjukkan akan dianjurkannya bermajelis setelah shalat Shubuh untuk saling mempelajari Al-Qur’an. Namun ‘Athiyah adalah perawi dha’if (lemah). (Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 301).....

08 Julai 2017

Kenapa Seorang Mayit Memilih “BERSEDEKAH” Jika Boleh Kembali Hidup ke Dunia?

Sebagaimana firman Allah:

رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ

“Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda [kematian]ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah…” {QS. Al Munafiqun: 10}

Kenapa dia tidak mengatakan,
“Maka aku dapat melaksanakan umroh” atau
“Maka aku dapat melakukan sholat atau puasa” dll?

Berkata para ulama,
Tidaklah seorang mayit menyebutkan “sedekah” kecuali kerana dia melihat besarnya pahala dan imbas baiknya setelah dia meninggal…

Maka, perbanyaklah bersedekah, kerana seorang mukmin akan berada dibawah naungan sedekahnnya…

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda,

“Setiap orang akan berada di bawah naungan sedekahnya, hingga diputuskan perkara-perkara di antara manusia.” (HR. Ahmad)....

13 Mei 2017

IMAM Masjidil Haram, Syeikh Ahmad Sudais memberikan beberapa tips agar rumah yang menjadi tempat Kita bernaung sihat dan terhindar dari Syaitan.
Pertama tiga hari sekali buka pintu dan jendela lalu bacakan surah Al-Baqarah dan surah-surah Ruqyah, insya Allah Anda akan merasakan perbezaan secara pribadi atau keluarga di rumah  dari godaan syatan.
Kedua nyalakan dupa dari jintan hitam (habah sauda’) di dalam rumah dengan tetap membuka pintu dan jendela (untuk mengusir syaitan dan kuman-kuman) sebagaimana wasiat Nabi Muhammad saw.
Ketiga Jangan menyalakan dupa dari jintan hitam (habah sauda’) sedangkan keadaan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup.
Keempat jangan menyimpan barang-barang di bawah katil / di atas almari tapi simpanlah di dalam laci yang tertutup.
Kelima jangan perbanyak cermin dalam rumah tapi jika ada, sebaik-baik tempat menyimpan cermin adalah di pintu masuk.
Keenam tarik nafas panjang-panjang saat bangun tidur dan ucapkan Basmalah saat bangkit dari tidur.
Ketujuh miliki jadual tetap untuk tidur malam.
Kelapan senantiasa rutin membaca surat Al-Mulk sebelum tidur dapat menyelamatkan dari siksa kubur. [Sumber]

03 Mei 2017

Oleh: Badrul Tamam
Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan anak-anaknya.
Dalam menjalankan pendidikan kepada anak agar menjadi hamba Allah yang shalih dan sesuai harapan orang tua, sering orang tua terpaku pada kepada sebab-sebab kebendaan yang zahir semata. Dipilihkan sekolahan Islam terpadu, dikontrol jam belajar malam, dipenuhi jenis buku, disuruh shalat tepat waktu, dan semisalnya. Tidak sedikit orang tua lupa sebab non-material yang kasat mata -boleh jadi memiliki pengaruh lebih besar kepada keshalihan dan kesuksesan anak-; seperti doa, menjaga ibadah, dermawan, usaha halal, amanat, birrul walidain, dan jenis keshalihan lainnya.
Al-Qur'an telah menyebutkan faktor penting untuk anak dan sebab sukses anak; yaitu keshalihan orang tua. Keberkahan amal shalih orang tua akan menurunkan kebaikan kepada anak-anaknya. Kedekatan orang tua kepada Allah memiliki pengaruh kuat untuk kebaikan anak.
Allah Subahanahu wa Ta'ala berfirman,.....

04 Mac 2017

5 Hukum berkaitan memancing

Soalan: Apakah hukum memancing ikan.

Jawapan (EM): Pada dasarnya berburu(memancing) dibolehkan berdasarkan Al Qur’an, Sunnah dan ijma.

Firman Allah swt didalam Al Qur’an :

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِيَ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Artinya : “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (QS. Al Maidah : 96)

Sementara itu banyak hadis-hadis Rasulullah saw yang berbicara tentang hal ini, diantaranya hadis Adiy bin Hatim dan Abu Tsa’labah al Khasyaniy dari Nabi saw didalam adab-adab berburu yang keduanya cukup panjang dan masyhur.

Adapun ijma’ ulama sebagaimana dinukil oleh Ibnu Qudamah didalam al Mughni yang juga dinukil oleh yang lainnya.

Terdapat lima hukum tentang berburu(memancing) ini :

1. Pada dasarnya berburu itu adalah mubah (boleh).
2. Berburu boleha menjadi sunnah apabila bertujuan memenuhi keperluan keluarga yang bukan wajib atau agar tidak meminta-minta atau untuk disedekahkan.
3. Berburu boleh menjadi wajib apabila ditujukan untuk menutupi keperluan keluarga yang wajib atau sejenisnya.
4. Berburu boleh menjadi makruh apabila hanya sebatas untuk bersenang-senang dan bermain-main saja.
5. Berburu boleh menjadi haram apabila dilakukan dalam keadaan berihram atau di tanah haram atau melalaikannya dari kewajiban. (Markaz al Fatwa no. 20694)

Begitu pula dengan hukum berburu binatang laut atau memancing ikan maka boleh dimasukkan kedalam lima hukum diatas. Akan tetapi perihal larangan berburu pada saat ihram maka hanya pada binatang darat sebagaimana firman Allah di surat al Maidah diatas dan tidak dengan binatang laut.

Wallahu A’lam

23 Februari 2017

Sebahagian umat Muslim sering salah sangka terhadap mazhab fiqh. Mereka menyebut mazhab sebagai penyebab perpecahan, sebagaimana pecahnya umat lain dalam sekte-sekte. Sehingga ada dari sebagian umat Islam yang menjauhkan diri dari bermazhab, bahkan ada yang sampai anti-mazhab.

Penggambaran yang salah dan tidak masuk akal tentang mazhab ini terjadi kerana keawaman dan kurangnya informasi yang benar tentang hakikat mahzab fiqh. Kenyataannya sebenarnya tidak demikian. Mazhab-mazhab fiqh itu bukan hasil dari perpecahan atau pereseteruan, apalagi peperangan di dalam tubuh umat Islam.

Secara bahasa erti mazhab adalah tempat untuk pergi. Berasal dari kata zahaba – yazhabu – zihaaban . Mahzab adalah isim makan dan isim zaman dari akar kata tersebut.....

22 Februari 2017

KITA tahu  bahawa Firaun dan Iblis adalah makhluk-makhluk yang durhaka pada Allah SWt. Tidak terbayangkan, bagaimana mengerikannya jika seorang manusia dianggap lebih buruk dibanding keduanya.

Pasalnya baik Firaun maupun Iblis saja sudah demikian jahatnya, bagaimana jika lebih buruk dari mereka. Pasti hal-hal yang dilakukan oleh manusia yang lebih buruk ini akan lebih buruk pula dibanding keduanya.

Ternyata tidak demikian adanya, kerana cirinya sangat sering sekali terlihat dan dialami oleh manusia. Bahkan diantara kita juga sering melakukannya. Ciri manusia yang dianggap lebih buruk dari firaun dan iblis adalah tidak mau memaafkan kesalahan orang lain....

28 Januari 2017

Badrul Tamam
Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu 'Anha,
أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى اَلصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
“Bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah mencium sebagian isterinya lalu beliau pergi shalat dan tidak wudhu’ lagi.” (HR. Ahmad)

Dalam riwayat lain di Musnad Ishaq dari Ur'wah, dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam  pernah menciumnya dan berkata, "Sesungguhnya ciuman itu tidak batalkan wudhu'."
Terjadi khilaf tentang keshahihan hadits ini di kalangan para ulama. Ada yang mendhaifkan, ada yang menguatkan dan menshahihkannya...

19 Januari 2017

SIAPAKAH lelaki paling tampan? Jika ada pertanyaan demikian, pasti kita akan menjawab bahawa Nabi Yusuf Alaihis Salamlah lelaki paling tampan di muka bumi ini. Ya, sebab telah dikatakan dalam suatu riwayat bahawa beliau-lah yang paling tampan. Tapi, apakah hal itu benar?

Dalam konsultasisyariah.com dijelaskan bahawa ulama berbeza pendapat tentang siapakah lelaki yang paling tampan.

Pendapat pertama, yang paling tampan adalah Nabi Yusuf. Di antara dalilnya adalah ayat, “Tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum dengan keelokan wajahnya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata, ‘Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia’,” (QS. Yusuf: 31).

Dan hadis dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, dimana Nabi ﷺ bersabda, “Yusuf diberi setengah ketampanan,” (HR. Ahmad 14050 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Disebutkan pula dalam hadis riwayat muslim, Nabi ﷺ menceritakan peristiwa Isra Mi’raj yang beliau alami. Ketika beliau di langit ketiga, beliau bertemu dengan Yusuf. Komentar Nabi ﷺ ketika ketemu beliau, “Di sana saya bertemu Yusuf Alaihis Shalatu was Salam, ternyata beliau diberi setengah ketampanan,” (HR. Muslim 429).

Ibnul Qoyim menjelaskan makna hadis, “Kesimpulan yang boleh dipahami dari hadis bahwa Yusuf ‘Alaihis Salam secara khusus memiliki setengah ketampanan semua manusia. Sementara setengah setampanan sisanya terbagi pada semua manusia lainnya,” (Badai al-Fawaid, 3/723).

Kedua, orang yang paling tampan adalah Nabi Adam ‘Alaihis Salam. Di antara dalil yang ...

01 Januari 2017

Sebelum ini banyak berita beredar di masyarakat tentang bahaya makan daging kambing. Benarkah demikian?

Seperti diketahui, daging kambing merupakan daging merah yang paling banyak dimakan di dunia. Daging kambing yang awalnya dinilai merupakan makanan utama di Timur Tengah, Afrika Utara, dan budaya Karibia kini telah merambah ke Amerika serta Eropah.  Meski lazat, ramai orang justru menghindarinya karena beredarnya mitos makan daging kambing berbahaya.

Rasulullah Suka Daging Kambing.....

;;