04 September 2017

Ciri-ciri mimpi bertemu Rasulullah SAW

EM Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasallam adalah sosok yang sangat dicintai oleh umatnya, sehingga bagi orang yang mencintainya tentu akan ingin sekali bertemu dengan orang yang di cintai itu, meskipun kita tahu bahawa untuk saat ini tidak mungkin boleh kita bertemu Rasulullah, kerana kita hidup jauh sesudah beliau meninggal.

Namun tidak dipungkiri bahawa kita boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar melalui mimpi. Kerana hal ini telah beliau sabdakan dalam Hadisnya : Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]

Dalam Hadis diatas dijelaskan bahawa benar adanya kita boleh bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi dan dipastikan pula orang yang mimpi bertemu dengan Rasulullah itu adalah benar, kerana jika syaitan datang dalam mimpi kita, ia tidak mungkin boleh menyerupai wajah Rasulullah.

Namun dalam hal mengakui kita telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah adalah suatu hal kedustaan yang menyebabkan seseorang berdosa dan ancaman neraka seperti akhir hadis diatas ‘ Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.

Lantas bagaimana kita mengetahui bahawa kita benar-benar mimpi bertemu Rasulullah, Al-Habib Mundzir al-Musawa seorang ulama besar menjelaskan tentang pertemuannya dengan Baginda Rasulullah Saw., maka beliau menjelaskan ciri-ciri Rasulullah itu adalah sebagai berikut :

  • Jambang dan janggut beliau sangat hitam gelap kebiru-biruan dari gelapnya.
  • Wajah beliau bagaikan mutiara yang bercahaya.
  • Senyumnya tak pernah sirna dari bibir indahnya.
  • Hati serasa linu dan seakan akan mencair kerana keindahan wajah Sang Nabi Saw.
  • keindahan luar biasa dalam memandang wajah beliau Saw.
  • Jari-jemari beliau lentik dan lembut dan sangat indah.
  • Tingginya sekitar 200 cm.
  • Imamahnya putih dan besar.
  • Kedua matanya sangat indah dan memancarkan kesejukan dan penuh kasih sayang.Membuat orang yang memandang matanya ingin luluh dan bersimpuh berlutut di kakinya dan menangis bagaikan bayi manja yang memeluk ibunya kerana tak melihat yang lebih mengasihinya selain ibunya.
  • Ucapannya dan suara beliau Saw. berwibawa, namun lembut dan perlahan hampir berbisik, namun jelas dan sangat merdu.

Sungguh benar ucapan Anas bin Malik Ra.: “Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah Saw.” (Shahih Bukhari).

Demikianlah Ciri-ciri Mimpi bertemu Rasulullah, namun perlu diingat bahawa tidak semua orang boleh mimpi bertemu Rasulullah, hanya orang-orang pilihan yang boleh mimpi bertemu dengan Rasulullah tersebut.(kl/mmb)

0 Comments:

Post a Comment