26 Oktober 2017

1-Kami mengadakan bacaan Yasin pada setiap pagi di tapak perhimpunan bermula jam 7.15 hingga 7.30 pagi

2-Kami mengadakan bacaan Al-Kahfi pada setiap pagi Jum'at di tapak perhimpunan.bermula jam 7.15 hingga 7.30 pagi

3.Kami mengadakan Tazkirah 30 minit pada setiap pagi Jum'at bermula 7.30 hingga 8.00 pagi

.4.Kami melakukan solat Hajat dan solat Dhuha khusus untuk murid2 tingkatan 3 dan 5 pada setiap pagi Jum'at

25 Oktober 2017

Amali sembelih ayam

lihat lagi

21 Oktober 2017

1-Membaca dengan membunyikan suara
Teknik ini membantu menguatkan ingatan terhadap apa yang kita baca, ianya seolah-olah kita sedang menghafaz apa yang sedang kita bacakan.

2-Membaca Yasin pada setiap hari peperiksaan
Dalam Yasin ada “Salamun Qaulan min Rabbi Rahim” dan ada “Kun Fayakun”, ulangkan kedua-dua ayat itu dalam bilangan yang ganjil dan mintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan.

3-Ulangkaji pantas sebelum peperiksaan bermula
Datang awal ke pusat peperiksaan,asingkan diri daripada rakan-rakan dan lakukan bacaan pantas terhadap tajuk-tajuk yang kita jangka ianya akan keluar dalam soalan sekejap lagi.

4-Ambil sarapan pagi dengan kadar dan menu yang sepatutnya kerana “ Al-aqlu salim fi jismi salim"

13 Oktober 2017


Anugrah sempena Hari Guru 2017 anugrah Guru Lelaki Terbaik "King Guru"
Anugrah Hari Quality 2017 anugrah "Tokoh Guru Komited dan Dedikasi"

11 Oktober 2017

TIDUR telah menjadi kebutuhan bagi setiap manusia. Dengan tertidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali bugar. Sehingga, ia akan kembali siap untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga memiliki mukjizat tersendiri. Yang mungkin kita tidak mnyadari akan hal itu.

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para ilmuwan menemukan bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam, misalnya). Para ilmuwan telah menemukan bahawa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya sehingga kinerjanya menjadi kurang efisien dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat ini bagi otak merupakan penyusunan kembali informasi dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan informasi yang diperoleh di siang hari.

Oleh kerana itu, para ilmuwan menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan bahawa pemberian rehat kepada otak ini memperkuat memori. Mereka menemukan bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan mengingat sesuatunya akan lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah mukjizat yang layak direnungkan dan dikaji lebih dalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang harus kita renungkan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan,” (Surah Al-Rum 23). [ kaheel7]

07 Oktober 2017

Oleh: Badrul Tamam

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.

Islam memerintahkan kepada umatnya agar menjadi orang bersyukur kepada orang yang telah berbuat baik kepada dirinya. Yaitu berterima kasih dan balas budi kepadanya. Sifat syukur ini menjadi tanda syukurnya seorang hamba kepada Al-Syakir, Allah yang Maha Syukur.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

 “Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak mampu ber’syukur’ kepada manusia.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Hibban, dan Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad. Hadits ini dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Al-Shahihah)

Dalam redaksi milik Imam Al-Tirmidzi,....

;;