21 Oktober 2017

1-Membaca dengan membunyikan suara
Teknik ini membantu menguatkan ingatan terhadap apa yang kita baca, ianya seolah-olah kita sedang menghafaz apa yang sedang kita bacakan.

2-Membaca Yasin pada setiap hari peperiksaan
Dalam Yasin ada “Salamun Qaulan min Rabbi Rahim” dan ada “Kun Fayakun”, ulangkan kedua-dua ayat itu dalam bilangan yang ganjil dan mintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan.

3-Ulangkaji pantas sebelum peperiksaan bermula
Datang awal ke pusat peperiksaan,asingkan diri daripada rakan-rakan dan lakukan bacaan pantas terhadap tajuk-tajuk yang kita jangka ianya akan keluar dalam soalan sekejap lagi.

4-Ambil sarapan pagi dengan kadar dan menu yang sepatutnya kerana “ Al-aqlu salim fi jismi salim"

0 Comments:

Post a Comment