15 Mei 2018

Petang Jumaat 11 Mei 2018 yang lalu ketika sedang menonton siaran TV yang menceritakan rentetan peristiwa pasca PRU14. Semasa sedang asyik menonton rancangan tersebut tiba-tiba keluar iklan Planta yang mengisahkan seorang ibu yang telah disahkan menghidapi kanser tetapi sentiasa tabah dan bangun seawal jam 5,00 pagi untuk menyediakan sarapan dan mengurus anak-anaknya untuk ke sekolah. Ketika mendengar perkataan ibu itu: "SAYA BANGUN SEAWAL JAM 5,00 PAGI" saya tergelak dan mengejek ibu dalam iklan tersebut. ketika itu dalam hati saya terdetik sedikit perasaan riak kerana saya sentiasa bangun seawal jam 3,00 atau 4,00 pagi setiap hari.  saya berkata kepada isteri saya yang sedang menonton bersama. "Apa le bangun 5,00 pagipun dikatakan awal". sedangkan jam 5,00 pagi tu saya telah bersiap2 untuk ke surau dan ke sekolah.
           Allahu Akbar... Sejak saya mengejek ibu dalam iklan tersebut maka pada malam 12 dan 13 Mei 2018 saya tidak dapat lagi bangun malam kecuali tepat jam 5,00 pagi. Pada petang 13 Mei 2018 saya telah sedar di atas keceluparan mulut saya tersebut ,lalu saya bertaubat memohon keampunan daripada Allah SWT. Pada malam 14 Mei 2018 sebelum tidur saya berwuduk dan berpesan kepada Allah SWT agar Dia mengejutkan saya lebih awal sedikit untuk bangun malakukan tahajjud seperti biasa. Alhamdulillah ketika hampir jam 2,00 pagi malam tersebut Allah SWT telah mengejutkan saya dengan memberikan sebuah mimpi yang menarik. Dalam mimpi itu Allah SWT telah mempelihatkan kepada saya bagaimana seekor anjing yang besar sedang mengikut lafaz azan yang sedang dikumandangkan dari sebuah masjid. Dalam mimpi itu  juga saya menyahut seruan azan dengan segera pergi ke masjid. semasa dalam perjalanan ke masjid saya didatangi oleh sekumpulan anjing yang ganas. saya ketakutan, lalu saya melalunkan azan. Alhamdulullah anjing-anjing itupun ikut melafazkan suara azan dan tidak jadi mengusik saya.
Allahu Akbar semoga mimpi yang pelik ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

0 Comments:

Post a Comment