14 November 2021

Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayatnya menceritakan tentang rahmat Allah SWT dan juga yang menceritakan tentang azab-Nya. Apabila seseorang membaca ayat al-Quran berkaitan rahmat dan azab, maka disunatkan untuk dia membaca doa memohon rahmat kepada Allah SWT dan meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada azab yang dibacanya tersebut.

Bahkan, begitu juga ayat-ayat yang lain, seperti jika sekiranya ayat tersebut menyuruhnya untuk bertasbih dan beristighfar, hendaklah dia bertasbih dan beristighfar. Manakala, jika ayat yang berkaitan misalan atau perumpamaan, maka hendaklah dia mentadabburnya. 

;;